Assalamualaikum... Halo readers!! Have you had your SHAKE today???
Mesti pelik kan petang2 Isnin ni aku buat entry bagai. Biasanya petang2 macam ni aku kat sekolah. haha. Hari ni sekolah aku CUTI PERISTIWA, sebab hari sabtu lepas ada HARI KARNIVAL SEKOLAH. yahuuu!! cuti2.. :D
Hari ni aku manjakan diri di Serenity SPA. Sebelum ni aku pernah buat kat tanjung malim, Steam+scrub+milk bath+facial - pakej RM100, Tapi kat Serenity Spa laagi best! walaupun harga pakej agak jauh berbeza, NO PROBLEM, yang penting puas hati dan berbaloi2. :)
Sebelum serbu spa ni, kena buat appoinment dulu taw, kalo tak, pergi balik semula la jawabnya. kalau tak de orang time tu, nasib baik. aku buat appoinment dua hari awal. dua kali gak la staf diaorang call untuk confirmation.. Kot2 la last minute nak cancel kan..
Serenity Spa ni banyak cawangan. Kami pergi kat Bangi sebab ni jea yang paling dekat dengan kami. Maz orang kajang, so, dia tahu la selok belok tempat ni, kalau aku, maw sesat dulu baru sampai kot.. hahahaha
Kami dapat couple room sebab buat dua orang. Kami pilih pakej 4 steps full body 2 hours. Dalam 4 steps ni ada herbal steam, full body massage, full body scrub dan mandi susu. Sebab sekarang tak de promosi lagi, untuk pakej tu kami dapat rm180, kalau korang pergi time diaorang buat promosi dapatla rm150. :P Jimat rm30 disitu.
Mula2 kitaorang buat herbal steam dulu. Best giler. aku suka bau herba2 ni. dah la berpeluh2 dalam tu, bau herba lagi, pastu alunan muzik yang lembut pulak tu.. rasa macam bebas dari segala bagai masalah dan hiruk pikuk kota. cewah gitu!.. hahaha.. 15 minit kitaorang berwap2 dalam tu, rasa macam segala bagai daki2 dan liang roma terbuka. eh! ye la kau!
Lepas herbal steam, akak tu bagi kami minum tea herba apa entah, agak rasa la herbanya tu, lagi best tea mix herbalife.. Tapi kitaorang layan jea. rilek2 jap kat kerusi sebelum kena massage.
Mula2 tu aku rasa macam takut2 jugak nak kena massage. First time kot!. Orang cakap sakit kena massage. tu yang aku takut tu, Tapi aku set dalam kepala, ala. tak sakit pun, tengok akak tu, kurus jea, sah2 tangan dia tak kuat punya. Tapi, sekali dia massage tapak kaki aku, Perghhhh! luar biasa akak ni. Tak de la sakit sangat pun, best ada laa, rasa ringan sikit badan, rasa macam urat2 dah kembali pada normal. Full body massage. Memang best! Korang mesti try buat treatment kat sini, korang akan tahu best ke tak.
Time full body scrub aku paling suka giler! rasa macam segala bagai yang melekat kat badan aku ni dah ternyah semua. ada scrub jenis coffee, ginger, rose, orange dan coconut yang ada kat spa ni, dan aku pilih jenis ROSE dan maz pulak pilih COFFEE. Scrub dia dari jenis garam kasar dan bau rose tu sangat2 menenangkan jiwa dan ragaku. heh!.
Last treatment, kitaorang terjun dalam bathtub untuk mandi susu, akak tu cakap, diaorang guna susu kambing. auw! kambing tuu... hehehehe.. sebelum berendam, akak tu jirus belakang kitaorang dengan susu dulu, sental2 sikit pastu barulah kitaorang berendam macam badak sambil bergossip sakan. hahahaha
**gambar ehsan google**
Orait! done for 4 steps full body treatment!. Rasa macam nak pergi lagi lepas ni. Akak tu ada bagitau aku pasal pakej untuk Bridal . RM1600 jea untuk 5 Sesi. Tiap satu sesi tu 5 jam, dia akan buat 4 Steps full body + facial (basic facial+diamond peel+eye treatment+double cool+face lifting)+ manicure pedicure. wow! amazing! pakej yang sangat2 berbaloi2222... teruja giler aku dengan pakej ni, tak rugi pun kalau ambik pakej untuk bridal tu sebab satu sesi 5 jam oiiii!.. ehem! ada sesapa nak belanja lagi tak?
TQ mazni sebab temankan coach anda yang gediks nak berspa2 ni.. haha.. TQ jugak buat orang yang sponser untuk saya berspa2 ni, walaupun nun jauh di Sarawak, sudi jugak awak sponserkan saya yea? nanti sponser lagi untuk pakej Bridal yea?? hahahaha, *ops! terlebey sudah!*
Papai!!