KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, August 26, 2012

Salam Lebaran 1433H

Assalamualaikum... Halo readers!!! Have your had your SHAKE today???

Hari ni dah 8 SYAWAL!!! Pantas sungguh masa berlalu.. rasa baru jea semalam dalam perjalanan pulang ke kampung halaman dan kereta rosak di pertengahan jalan.. tup,tup, hari ni aku dah tercongak kat rumah bujang di Hulu Langat ni dan esok dah mula bertugas seperti biasa.. waduh! bila difikirkan pasal tugas ni, jem kejap aku rasa.. mana taknya... banyak benda yang tak settle lagi.. lagi2 EOM yang tinggal beberapa hari jea lagi.. huwaaaa =_=! windu nak jumpa student.. EH???

Cakap pasal kereta rosak ni, macam lucu pulak. tetiba kereta mati tengah2 jalan. macam blackout dalam rumah jea. Dugaan nak balik raya. Nasib baik dah nak masuk bandar Kuala Krai, tak de lah dalam hutan sangat, kereta blackout betul2 depan kedai baiki kereta, Damar inn, restoran, surau, tandas, kedai runcit, kedai tarik kereta.
Tapi nasib kurang menyebelahi kami, kedai baiki kereta tu tutup. Nak tak nak, bertapa la kami kat situ sampai pukul 10 malam, adik aku baru datang dengan pomen. Bukan main berangan nak berbuka puasa kat rumah, last2, bukak puasa kat kedai jea. Walaupun tak dapat berbuka bersama keluarga, Rezeki kami hari tu dapat makan ikan stim, daging blackpaper, udang marjerin yang best giler, sup tulang. semua tu YB belanja. pergh! ko hado? :D

Raya tahun ni, aku buat biskut tunjuk jea, kek pulak main order jea.. macam mimpi pulak raya tanpa biskut cap "NINAAZ COOKIES". hahahahha. sehari sebelum raya, aku pergi beli bahan2 untuk buat puding triffle konon2nya lah, tapi, tak pasal2 kek gulung (base puding triffle) tu dah berkulat gara-gara puding triffle yang tak buat2. NAMPAK TAK KEMALASAN disitu? hadoiyaii... sampai 6 syawal, bahan2 puding triffle duduk dalam almari. :D

1 syawal, selepas solat hari raya, kami terus beraya rumah tok belah ma dan abah. pastu balik rumah terus. tunggu orang datang beraya kat rumah. Menu di pagi 1 syawal, mama buat NASI AYAM, ROTI JALA. 2 & 3 syawal, tak pergi mana2 pun. duduk rumah jea.. sebab 3 syawal tu ada kenduri kawin dan rumah terbuka kat rumah aku, sepupu aku buat majlis kawin kat rumah aku, so, 2 syawal tu dah sibuk sana sini buat persiapan. tak sempat nak beraya sakan, bergelumang dengan bawang besar, bawang putih la jawabnyaa.. petang sikit baru sempat pergi rumah terbuka kat rumah long diana. :D

1 SYAWAL :D

3 SYAWAL :D

cantikkan pelamin ni.. simple+sweet jea :)

EH! Ma dan abah.. pengantin lama.. :D

kawan-kawan adik aku.

Saat yang paling kami nantikan adalah 5 syawal. hekhek. sebab ada appoinment tet!. Alhamdulillah. kami dah dicide yang mana pilihan hati kami, yang mana sesuai dengan kami, semua sudah siap settle, siap lukis2 lagi sebab new design. dah siap ukur2.. hehe.. wink!wink! Alhamdulillah. semoga berjalan seperti yang dirancang. amin! :)

5 SYAWAL :)

appoinment dengan customer kami yang nak reorder product. dah 9 bulan mak cik tu consume herbalife. Alhamdulillah, kesihatan makin improve! *lupa nk snap pic mak cik. borak sakan* raya ke-5 kami dah kerja wooo!


2nd appoinment with our tet! :D

6 Syawal.. kami dah bertolak pulang ke KL. sob..sob.. singkat sangat rasanya syawal tahun ni, Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut hari kemenangan ini bersama keluarga yang tersayang..

Babai sawoku.. Jumpa lagi November ini dengan kehidupan yang baru.. InsyaAllah..

SALAM LEBARAN 1433H :)




No comments: