KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 23, 2013

Result minum air gula (MGTT) & Dos pertama suntikan ATT - Diari kehamilan

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Lega sikit rasa hati aku ni bila dah tahu result minum air gula bulan lepas. Lama kott baru dapat tahu. Dah sebulan aku minum air gula, hari ni baru aku tahu result, tu pun sebab next appoinment aku hari ni. Ginilah gamaknya. Sabor jea lah! ~ *sigh*  

Masa aku tengah syok2 bercuti kat kampung hari tu, tiga kali KK call aku, tapi tiga2 aku tak angkat. Bila aku call balik, diaorang tak de respon. tak tahu sapa yang call aku, dan kenapa call aku. Aku time tu mahu tak nerves wei. Risau gakkk kot2 diaorang call sebab nak bagitahu result MGTT aku, kot2 bad result. huhuhu. risau tak boleh cakap lah, risau tahap maksimum. Risau tu risau gak, tapi makan aku tetap layan. tak pantang langsung. huhuhu :( 

Pagi tadi bangun, seram sejuk aku rasa nak pergi KK hari ni, risau dengan keputusan MGTT aku. debor weh debor! bawak kereta pun tak berapa nak betul dahh. pergi pulak sorang2, husby ada kat sarawak. nampak tak berdikarinya aku disitu? hakhak.. Aku dah biasa dahh hidup berdikari cenggini. ceeeehh! 

Berbekalkan 1 liter tea mix herbalife, debor punya pasal nak habis separuh air aku telan, lepas minum, minum, lepas minum, minum.. sampailahh nama aku kena panggil. 

Ko tahu, tanjat gilers aku bila dia cakap buku merah aku tak ada, diaorang ingat aku terbawak balik. Lepastu nurse tu cakap mabe ada orang pegang buku aku, dan maybe keputusan MGTT aku tinggi. maw pitam gua! seyes.


Bila aku dah buat muka toyo, nurse tu pergi check buku log diaorang, then belek2 balik keputusan MGTT 22 November lepas.. cari-cari nama aku.. Alhamdulillah, jumpa pun nama aku dalam buku log tu.. sengih kejap aku bila dia cakap result aku OK. fuh! saje tawww diaorang ni!


Next macam biasa, check urin dengan HB. Alhamdulillah, HB aku ok. dari awal sampai laaa ni duk 11.5 situ jeaa. teringin jugak aku nak tengok sampai 12 kea, 13 kea, 14 keaa. okeh, pasni aku berazam nak makan bayam dengan kerang banyak2.,, *makan laaagii!!!* 

Masa check perut, aku kena ceramah dengan nurse.. dia marah2 manja sebab aku tak baca apa yang ada dalam buku merah kat belakang tuu. pasal kencing manis dan darah tinggi. bebelan dia aku dengar dengan hati yang terbuka. Membebel dia pasal aku dah naik over 10kg, patutnya 10 kilo ni bila dah 8bulan kea, 9 bulan kea. tapi aku ni, tercepat pulak. kikikikiki :) 

Sebab nurse tak puas hati, dia suruh aku buat GM selepas ambik suntikan ATT (Anti Tetanus @ kancing gigi), ambik darah sekali lagi untuk check gula dalam darah. dua kali aku kena ambik darah hari ni. Adoiii!!! dan2 nerves aku datang balikkkk!!! 
*pesanan untuk ibu mengandung yang lain: jaga makan yea, jangan over2. huhuhu

Suntikan ATT ni kena ambik dua kali, So, hari ni first time aku kena suntik. Masa dia masukkan jarum tu, tak de rasa apa pun, tapi bila dia dah tekan picagari tuuu, barulah rasa sakit sikit. sikit jeaa, lebih kurang macam kena gigit 100 ekor semut. Hahaha


Okeh! jari aku kena stapler lagi, untuk ambik darah, check gula dalam darah. Maw tak debar aku.. huhuhu.. Tapi alhamdulillah lahh... 

result gula dalam darah hari ni (23/12/13) : 4.6  

nurse cakap OK. ngeeeee~ wink3.. yabedabedooooo!! 

Next appoinment, dua minggu lagi. kena minum air gula lagi.. eh.eh. memang kena dua kali minum kea??? kea macam mana? hurm. 

Aku ingat pasni aku nak pergi minum air gula dekat Klinik Alam Damai jea lah, serik dah minum kat KK hari tu, separuh hari aku menunggu *pengsan*. 

TQ for reading! k bai~        




22 comments:

Anum said...

hai singgah n baca entry awk

Cik Nor said...

moga semuanya ok nina...

Lynda Che Lah said...

tak suka air gula..result br ni 7.8..borderline..haihsssshhh

dear anies said...

x pe nina utk kesihatan kalian jg kannnn ;-)

Tinta Farah D said...

pengalaman tu..tak pa.. best sangat ..heheee, saya kena 2 kali minum air gula.. tu maksudnya berat badan naik mendadak lah tu..hehheee..yang penting hb mesti cantik taw

Nora Karim said...

tak pe.. untuk mum n baby... kena la terima je... nak cucuk ke apa ke..huhuhu

NinaAz said...

Yessss.. pengalaman yg sgt best. Hehehe. Bila lagi kann. Time ni jealah... cucuk kea apa kea memang terima dgn hati yg terbuka. Hehe.

Ciksal; ooowwhh. Memg gitu ehh. Haha. Tula bahagia sgt. Berat pun naik

Unknown said...

teringat pengalaman minum air gula dulu..:(..blogwalking..jemput ke blog saya
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Nurul said...

Kena minum air gula ni lah yang payah... Sepanjang 4 kali melahirkan anak dah 8 kali kena minum air gula... alhamdulillah, xde kencing manis masa pregnant... Lagi satu amalkan makan buah delima pun baik juga.. ^__^

Tengku Fauziana said...

time kita taun lepas..a'ah kena mnum 2x..xsuka part ambil darah..pprrff..

Ibu Najla said...

Suntikan kancing gigi tu yg 1st bb je kn 2x. Akak br je kena hr jmt lps. Skali je la this time. Alhamdulillah result okey mgtt ok...biasanya minum skali je kalau ok resultnya.maybe sbb nina berat naik bnyk kot. So kn bt lg. Huhu

NinaAz said...

aah kak yan, first baby jea dua kali suntik. hehe, tula. over kG, so kena minum lagilah air gula kot. hehe

AyongAtikah Zaid said...

ayong pun baru kena inject att tu ari ni..lenguhnya tgn mak aiiii...tahan jela..air gula tu klu ikt prosedur diorg sekurg2nya 3 kali...tp klu berat tibe2 naik mendadak, mmg sokmo kena minum...sbb tu kena jaga berat...sebulan max blh naik 2kg je..ayong pg td naik 2.5kg pun kena bebel...sabo je laaaaa...hehe...

fae jamal said...

yunk, awat kena minum air gula eh? mmg diwajibkan ke skrg ni? fae ritu Alhamdulillah xkena minum air gula, klu x pengsannnn. haha.

eh eh , now dah bape bln tu? bila due date? haish. sibuk je nak tau! hihi

Chipsmore said...

semoga semuanya dipermudahkan Allah.. jangan over makan tau! hehe..

Chic Na said...

sedap tak air gula tu nina? hehehe..

Masya said...

fobia rasanya minum air gula huhuhuhu

wawa syaida said...

jaga diri nina

Nory Zoulkefle said...

nory pon kena minum 2 kali, nurse kata anak pertama mmg kena minum 2 kali..walaupon result mgtt sebelum ni cantikk..15hb ni nory kena minum utk kali kedua..

Nory Zoulkefle said...

nory pon kena minum 2 kali, nurse kata anak pertama mmg kena minum 2 kali..walaupon result mgtt sebelum ni cantikk..15hb ni nory kena minum utk kali kedua..

QasehnyaRania said...

tak daya kan nak minum air gula tu. alahai

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. suntikan kancing gigi tu buat sheila ponteng koje sehari tau. lenguh gila badan dibuatnya. hahaha dah minum air gula gak. nanti februari ni kena minum lagi sekali. huwaaaa malasnya =____='