KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 4, 2013

♥ Honeymoon Trip Day 2 ♥: KOH PHI PHI TOUR (Phi Phi Island)

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Hari kedua kami di Krabi adalah kenangan yang tak dapat dilupakan. 

♥♥ Syukur Alhamdulillahhh.  Allah pinjamkan kami sepasang mata untuk melihat keindahan ciptaanNya. Sungguh indah dan cantik sekali. ♥♥ 

Hari tu kami bersiap awal untuk misi menjelajah pulau2 yang ada di Krabi. Pihak AoNang speedboat tour akan menjemput kami pada Jam 8.30 pagi waktu Thailand. So, dalam kekalutan aku bersiap, abang sempat lagi snap gambar aku nih. 

Shawl: Cala Qisya 

Orang laki biasalahhh. 2 saat pun dah siap. Siap kena perli lagi. "Ni nak ke pulau ke, kemana nih melawa2". Adehhhhh... mentangg2 laaa tudung kita ni berbelit2kann.. melawa2  laa pulak. Haha. Aku sebenarnya lupa nak bawak tudung ekspress a.k.a syria. aku hanya bawak shawl ke sana. Ahaks. Muda2 lagi dah lupa yea. 

Oh ya! jangan lupa pakai sunblock yea. jangan tak tahu. kalau duk tengah2 panas lelama boleh merosakkan sel kulit kita. sunburn of course. kan.kan? Sunblock ni aku beli semata-mata nak ke Krabi ok. 130spf tuu.. tinggi kot. hak ni rm30 jea.

sunblock aku yang sedia ada spf50 jea, sayang nak guna banyak2 sebab hak ni mahal. 75 hengget kot. sob.sob.

Lepas semua settle. Barulah kami turun untuk sarapan. Kami mamam pulut ayam. Hehe. Tapi, lagi best pulut ayam yang kami beli dekat Wang Kelian hari tu. Kalau hari3 makan pulut. Kulit boleh jadi gebu macam orang ChiangMai kan? Yea ke?. Hehehe.

Ok. Ni first time aku tengok nasi kerabu dibungkus macam ni. Hehe. Serius comel ok.

Tepat jam 8.30pagi. Kami naik van dari hotel ke AoNang beach, dimana tempat yang boleh dikatakan jeti untuk kepulau. Sampai2 tu, kami lepak2 dulu sambil2 menunggu pihak pengurusan memanggil kami untuk berkumpul dan membawa kami ke pantai. 








Bila semua orang dah cukup, barulah kami berjalan secara berjemaah untuk ke bot. Weeeee~ aku rasa, ini adalah pengalaman pertama aku naik speedboat. Haha. Seperti yang di taip dalam entry sebelum ni. Kami menggunakan khidmat AoNang speed boat Tour untuk satu hari travel ke Phi Phi Island.



Untuk pengetahuan semua, Phi Phi Island terletak diantara Pulau Terbesar Phuket dan western Andaman Sea. haa. jangan tak tahu. Koh Phi Phi juga menjadi backdrop kepada lebih 2000 movie yaa!. Antara program travel kami hari tu ialah:  Bertolak dari AoNang Beach ke Phi Phi Island.Lohsamah Bay.Pileh Bay.Monkey Bay. Maya Bay.Viking Cave.Phi Phi Don Island.Hin Kland dan Bamboo Island. Harga untuk pakej yang kami ambik ni ialah 1200-THB. Maklumat lanjut, boleh ke website AoNang Speedboat Tour.

Suasana didalam bot. Dengan muatan lebih kurang 60 orang

Menggunakan 3 enjin kuasa kuda. Hihihi.(225 Hp x 3). off course laju giler ok. HONDA tuue

Aku dan abang. feeling2 di pinggiran bot kejap.


Dalam perjalanan, sempat lagi aku snap island nih. Cer teka apa nama island ni berdasarkan rupa bentuknya. Iyaaaaaaa. This is Chicken Island ok. Sama macam ayam kan bentuknya?. 

We are here now!!! Tempat pertama yang kami singgah. BAMBOO ISLAND!!! Setahu aku, Bamboo tu buluh kan? Mabe kat sini banyak buluh kot. sebab tu nama pulau ni Bamboo island. tapi, aku tak jumpa pulak buluh kat sini. mungkin ada kat dalam2 nuh. kami tak masuk dalam pun, hanya berkeliaran kat kawasan pantai jea. 

BAMBOO ISLAND 
(Explore the coral and the beach)






Aktiviti utama kat sini adalah Snorkeling. Tapi aku memang tak ah. tengok jea. sedih kan? sob.sob 




Memang jodoh ah aku dengan kawan UPSI aku nih. kat sini pun kitaorang jumpa lagi. haha

Next, kami melawat Viking Cave. Aku sempat snap 2 ketul jea gambar kat sini. kami duduk kat tengah2 boat. so, agak susah nak ambik gambar. tak pe.tak pe. next trip kita main panjat-panjat kat sini pulak. InsyaAllah.

VIKING CAVE (Photography and Sightseeing)


Next, kami melawat Pileh Bay dan Lohsamah Bay. Actually, aku pun tak berapa nak pasti yang mana satu Pileh Bay, yang mana satu Lohsamah Bay. Berpandukan pamphlet yang diberi, boleh laa aku bezakan sikit2 antara Pileh dan Lohsamah Bay. kalau salah tu, maap lah yea. ahaks! cekidout! Sungguh indah ciptaan Allah. SUBHANALLAH! ALLAHUAKBAR!! 

PILEH BAY (Sightseeing and Photography)





LOHSAMAH BAY 
(Enjoy the colorful fish and Coral - tapi kami tak de nampak pun sebab kejap jea berenti kat sini. ikan tak sempat nak timbul. main sembunyi2. hehe)





Next! tempat ni sangat2 awesome! Maya bay. Kat sini ada tandas, air yang sangat jernih dan view yang sangat cantik!. 

MAYA BAY 
(Stunning location for the Hollywood film "THE BEACH")

















Next, kami ke Monkey Bay untuk melawat monyet2 yang ada di krabi Island nih. 

MONKEY BAY (Exploring)







Lunch time at Phi Phi Don Island. Pakej yang kami ambik ni sekali dengan Lunch. free lunch ok. menu yang paling best, sup ikan dan bebola ikan. fuh! dua tiga kali abang tambah. sampai lupa nak snap gambar sup ikan dan bebola ikan. kalau tak, boleh korang tengok kan? haha. Sini jugak ada gerai2 yang jual T-Shirt dan cenderamata untuk kenang-kenangan. 

PHI PHI DON ISLAND (restaurant lunch)


Aktiviti terkahir kami selepas makan tengah hari. OPEN SNORKELING. Dua kali kami berhenti untuk Snorkeling.*snorkeling? aku memang tak ah. jadi photographer jea* Aku pun tak pasti kat mana. yang aku tahu, dalam list ni ada tulis Hin Klang. Macam berada di tengah2 lautan. Jauh mata memandang. sayup2 jeaaa.. ececece. 

HIN KLANG 
(Opportunity for open sea snorkeling)









Lebih kurang jam 3.30 petang kami sampai di AoNang beach!. serius penat. Tapi, pengalaman yang cukup menyeronokkan!. :)




 AO NANG BEACH

Sampai hotel terus pengsan. Malam tu baru kami keluar untuk dinner. RABEAB'S KITCHEN INTER-BUFFET (HALAL FOOD). cer teka kami makan apa? haha. Malam tu kami pilih untuk santai2. makan Steamboat. Roasts and grills. Selain seafood, ada jugak makanan lain kat situ. nasi goreng, nasi berlauk dan sewaktu dengannya. Makanan pertama yang aku ambik. "Laksa edisi thailand". ada tiga jenis kuah. aku campur semua. benda yang seketul hitam tu. aku pun tak tahu apa. rasa dia masin2, macam kena jeruk. 

Yeah! kami memang betul2 enjoy makan malam tu. aku paling suka daging yang di grill. sungguh sadap.  oh ya! harga untuk seorang makan, 230-THB. ok lah kan. Makan sampai kenyang. Air pun free of charge. boleh tambah2 jugak. :)





ni pamphlet restoren. kalau korang teringin nak makan steamboat area Krabi ni, boleh la singgah sini yea!


Ok guys! entri ni dah sampai ke penghujungnya. next entri dah tak de pasal Krabi ni. akan diupdate pasal Haatyai pulak yea!. hehe.  Sob.sob. Next time nak datang lagi untuk aktiviti yang lain, berkayak, viking cave (hiking-bajet reti), nak ke 4 pulau (Chicken island, Tup island, Poda island, Phra Nang cave), nak ke Hong Island, Pakbia Island, Lading island...) fuh! banyak giler wishlist! InsyaAllah. ada rezeki kami nak datang sini lagi! Alhamdulillah. bersyukur dengan nikmat yang diberi. 


Tq for reading! see ya!



25 comments:

dear anies said...

peeerrrghhhhh kalu sy, sure tak mo blk ni...cantik nyerrr pantai + laut... knape yek kat mesia x de tempat cm tu?

nk tanya, rs2 nyer time bila ya yg sesuai ke krabi ni?

pelangi chenta said...

bestnya dpt g krabhi.sy teringin nk pergi tp xtersampai lg hajat.kna giatkan usaha ni nk kumpulkan duit

Unknown said...

Ayeen day 3 pegi phi phi...heheheh

Kakzakie Purvit said...

Wahh... betul-betul adventurouslah Nina. Seronok kakak tengok.

Masya said...

subhanaallah cantiknya air dia.. jernih betul yer..

Nik said...

huwaaa..jelesnya tengok semua gambar2.menarik tu.

ramai jugak dalam 1 speedboat yea.sampai blh muat 60 org.sis pi 3 pulau pun dah penat giler, 7 pulau ni mmg pengsan terus agaknya..hehe

Dzureen Darwis said...

Cantiknyeee gmbo2 kat Krabi Island :)
Sayangnya tak snorkeling skali....rugi taw hehe

Jue said...

serius cantik..
teruja habis

PUAN PIA said...

syoknyaaa nina.................. tgk air laut dia biru betul, beza gn kt sini.. syoknya... cita sikit amik gn tour mana..hhehehe

NinaAz said...

Hehehe. Nina dah citer detail dalam entri ni. Nanti baca ek. Hihihi

eija_sweetmama said...

wah teruja tgk..
cantik sungguh pulau2 kat sana, patutlah ramai jgk yg suka ke krabi ni..

besh tu aktiviti bersnokling beramai2 tu..

Unknown said...

cantiknye pantai...
tengok nasi kerabu tu bikin perut jd lapar....

| CIKZEK | said...

perghhh besnyaaa sis hneymoon kt krabiiii. huwaaaa jellesshhh. nk kwen cpt2 ahh giniiii. huhuhu :D

Chic Na said...

rugi la tak snorkeling tp serius air dia cantik giler kan. jernih je.

Unknown said...

cntik nya view kat sana..serius mmg teringin nk kesana. Kena tunggu cik bieha besar sikit baru bole bawak ni.

Cho Zila said...

alamak bertambah keinginan akak untuk kesana.. mungkin boleh diusulkan untuk tahun 2014.. sebab 2013 dah tak boleh masauk lagi..

intanfirdaus247 said...

cantik sangat view nya....

Unknown said...

banyaknya gambar..semua chantek belaka/...

mama tisya said...

cantik sungguh bila tgk air yg membiruuuuu..nk2 plak snorkleing tgk ikan2 berenang2...best tul...mmg rmi btul org ek

sherotpetot said...

subhanallah canti sangat air laut sana. akak, ruginya tak snorkeling. huu

maszull said...

assalamualaikum nina...cantik n menariknya...suka tengok laut tu...;)

Nur Nainis said...

Setelah meneliti entri kedua akak ni baru ingat, pernah tahu Krabi ni..hehe..slow motion betul saya..Memang tempat yang famous ni. Pantai dan air laut dia..awesome!!.. SubhanAllah..kagum dengan ciptaan Allah.

QasehnyaRania said...

bestnya kalau dpt snrkeling kan..

suka sangat tgk airnya..

Anonymous said...

Its such as you read my thoughts! You appear to grasp so much
approximately this, like you wrote the ebook in it or something.
I believe that you could do with a few % to power the
message home a bit, but instead of that, that is great
blog. An excellent read. I'll definitely be back.

My page ... california

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. teringat sangat Krabi. bestkan sana? laut dia cantik sangat. subhanallah. rasa nak repeat lagi je..