KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 22, 2013

30 Weeks - Diari kehamilan

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Bila dah masuk 3 series ni, rasa lain macam pulak. Nak kata nerves tuu, ada la sikit2, excited? ada jugakk, seram?? pun hadooo. Semua tu campur gaul menjadi satu, lebih kurang nak buat cekodok gamaknya.. Gaul2 then goreng, pun sodap. huuu. motif cekodok? 

Kalau nak dihitung hari, tak sampai pun 80 hari, kalau nak dihitung minggu, lebih kurang 10 minggu lagi, kalau nak dihitung bulan, dalam 2 bulan jea lagiii, so!!! untuk meng'cool'kan diri, better aku hitung hari... baru rasa macam panjanggggg lagiii. 

Persediaan? hurm. dari segi mental, aku rasa aku masih belum bersedia lagi, bila baca kisah2 kawan2 lain dalam labour room, fikiran tu tiba2 melayang tak tahu pergi mana. dari segi fizikal pulak, aku rasa aku perlu bersedia dari sekarang.. contoh yang aku nampak persediaan fizikal, macam selalu buat aktiviti2, jangan duduk diam jeaa supaya mudah beranak, lepastu badan jangan besar sangat, kalau badan naik banyak, susah nak teran. hurm. betul kea weh cenggitu?? bab badan naik tu aku kena start jagalah kot mulai sekarang, risau teman haih! Lagi2lahhh bila mak aku cerita sesuatu yang menakutkan pasal badan naik & bersalin ni. waaaaaa *nangis* 

Persediaan barang keperluan pulak, masih lagi dalam progress, baru 20% kot. Yea laaa, lambat lagi kannn. Baru masuk 30 minggu kot! Tapi, masa balik kampung hari tu, makcik2 duk sebuk tanya dah siap kea beg hospital. dah basuh kea baju2 baby? beg hospital tu boleh dah kalo nak letak dalam kereta sekarang, katanya!. dalam kepala aku, ERK???  haha. aku tak ready apa2 pun lagi. beg hospital pun tak ada lagi dalam rumah ni, yang ada beg galas, handbag dan beg troli jea. Agak2 sesuai tak kalo aku pakai beg troli jea? KAHKAHKAH. 

Sekarang ni, my baby inside dah makin membesar dahh. cepat sungguh tumbesarannya kan. Kalau dulu, seronok jea bila baby goyang2 belakang, tendang2 kaki, rasa macam kena geletek jea. Tapi sekarangggggg... fuh! agak terasa sedikit kesakitannya. Si anak ni sangat2lahh aktiffff. goyang sana, goyang sini, lepastu aku rasa macam dia garu2 kat ari2, lepastu rasa pulak macam dia sendawa sebab lama sangat 'tup' 'tup'.. hihi, sweet moment as a mom to be. kan?? 

Setakat hari ni, aku masih lagi lena di ulit mimpi, letak jea kepala atas bantal, terus lena. cuma kekerapan pergi ketandas malam2 buta tu agak menaik graf kekerapannya. Tidur pulak aku dah tak boleh mengiring ke kanan, sebabnya my baby tak suka. Dengan segala kuasa yang dia ada, berombak2 perut aku di karatenya. So, aku lebih suka tidur melentang, dan mengiring ke kiri kadang2. hehe 

Bab makan pulak, aku tak ada masalah, kalau orang lain nurse suruh naikkan berat badan, aku pulak nurse suruh turunkan berat badan. kahkah. kesian aku kan.. Bab Alahan., sampai sekarang aku tak rasa ada alahan kot. kea aku yang tak tahu alahan tu cam mana? mihmihmih. Bab mengidam? haaa. yang ni memang hari2 aku mengidam. Segala benda aku mengidam. haha 

Alhamdulillah, dah 30 minggu journey aku dalam dunia kehamilan.. Aku hargai setiap saat aku bersama baby dalam perut ni... Kalau aku plan nak ada 2,3,4,5,6 anak, so, sepanjang hidup aku ni, aku hanya akan merasa 6 kali saat2 manis macam ni. kan? 

THAT'S WHY i'm really enjoy my pregnancy.... my journey.. MOM TO BE :)

Hey baby! your ibu and your daddy really miss you. :)

Speechless...
  
TQ for reading! K bai~      




14 comments:

Chic Na said...

wahhh seronoknya baca & tak dapat imagine macam mana.. apepun enjoy your preggy moments.. :)

Cik Nor said...

seronoknya nina M2B....semoga semuanya selamat...aamiin

Qaseh Wee said...

makcik2 lbh bimbang drp tuan punya badan nih . masa mengandung ni ler nak dpt mkn yg mcm2 n sedap2 ... dah mcm nak pau pulak . heheheee

sherotpetot said...

wah dah lama tak singgah sini. Eh sis dah mengandung?? congratz ;')

Nora Karim said...

betul2 kalau dah 30 minngu dah boleh standby beg hospital dalam kereta... so kalau dah sakit nak bersalin xkalut dah...

btw, moga semuanya selamat ya... jgn dgr sangat kata2 org pasal bersalin sebab lain org lain pengalamannya...

banyakkan doa dan zikir, insyaAllah semuanya dipermudahkan... good luck dear!

Mila Ahmad said...

wuargggghhh best dan mesti terujaaaa

NinaAz said...

Tq sis nora!!!!!

NinaAz said...

Yea sherotpetot. Hihihi.

NinaAz said...

Aminnnn.tq sis normi

NinaAz said...

Tq chicna

wawa syaida said...

seronok baca entry nina....jaga diri tau,...nanti doakan untuk kite pulak...opps! ^___^

Nory Zoulkefle said...

nory dah complete dah barang2 baby, tu pon beli sikit2, nak beli sekali harung, memang tak mampu lah...hehehe...

tinggal barang2 keperluan nory je tak beli lagi...baju baby pon tak start basuh lagi...

QasehnyaRania said...

bahagia nya rasa nina..
semoga baik baik aja ye.
boleh la siapkan sikit sikit..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum awak. bestnya. tinggal lagi berapa minggu je. saya doakan awak dan baby selamat . heee